Wednesday, 30 May 2012

End Of semester 2 :) ~ Full with MEMORIES ~

assalamualaikum sahabat semua :)

Dah berzaman tak update blog..hari ni nak citer macam2..hari nie last day ade class utk sem ke 2... 
huhu..sedih btul dah nak abs sem 2...
pastu study week..dah dekat dah nak exam pulakkkk..
(banyak nye xstudy lagiii)...final exam smggu lagii..chayOk2x!
jgn STRESS..cool je..
 !!hehe.

semester 2 nie mcm2 berlaku..ade duka ade suka..harap2 sem depan dah x macm sem ni..
semester ni..byk pngalamn yg dpat..
kem saintis muda..sukaneka baksis 27 and 19..
berniaga bersama teha and the geng..
projek mega baksis kat rumah amal limpahan kasih,bangi..
celebrate birthday bersama kwn2 tercinta..seminar MGM..(dpt baucer rasamas n kfc)..
and lastt farewell party bakis 27 :)

ape yang best dgn sem 2 nye..mestilah kelas baksis group 27..klas ni memg happening..
teringat memori kat matrik dulu..M2p2 klas plg hapenning skali.. :)
rndu matrik lah pulakk..ape khbr lah pensyrh2 kat sane..hrp semua sihat walafiat :)

kem saintis muda 2012 kat puchong,selangor :)
yg plg best..dpt mndi sungai + jungle trekking :)

my birthday :)
thank to my belOved fren, seri haini, qistina, jie n fakhriah..
thank u sO much :)

 sukaneka baksis 27 + 19 :)
"shiro' menang !

 Gotong royOng kat rumah amal limpahan kasih :)
semangat bekerjasama...

19 may 2012 :)
baksis 27 great :)


P/s : Final exam semester 2 ! 
I will work hard tO get the best result for this semester..InsyaAllah  :)
       tO all my friend, especially seri haini, Qistina, Gee and Fakhriah &
        to all kwn2 Sc Instrumntation , gOOd luck final :)

wassalam :)




Friday, 30 March 2012

Forum " Salahkah Aku Bercinta "

Assalamualaikum..sahabat2 semua...semoga sihat walafiat lah semua ye :)

First sekali, try korang semua tgk tjuk post tu.."Salahkan Aku Bercinta"
Amboi klau sebut pasal CINTA semua orang nak dengar kan ??
Ni saya nak citer serba sikit pasal satu forum yang saya pergi semalam kat UPM..
Bersyukur sgt2 sebab dapt peluang pergi ke forum ni..
Barisan panel nya ialah Ustazah Fatimah Syarha dan suaminya, Dr.Farhan dan tak lupa jgak juara Imam Muda Musim ke 2, IM Hassan.

straight to the pOint, banyak sgt yang diceritakan oleh ketiga3 panel ni..
nie serba sikit sy kongsikan utk korang semua :-
Bercinta sebenarnya x salah sebab cintakan satu fitrah dlam diri manusia.
Kalau kite tgk lah kehidupan zaman sekarang, x kiralah mane2 kite pergi msti cakap pasal...
TV, internet, kehidupan seharian, kwn2 semua ckp psl cinta.. lagu kat radio bukan main jiwang lagi dengan ayat2 cinta..

Cinta kepada manusia, manusia akan mati, Cinta kepada bunga, bunga akan layu,
       Cinta kepada Allah, itulah cinta yang kekal abadi dan hakiki selamanya.
          Cintailah sesuatu kerana Allah, InsyaAllah akan kekal abadi.


Erti bercinta kerana Allah ialah cinta berlandaskan agama..
Takut kepada Allah dimana sentiasa menjaga hubungan dengan Allah seperti solat dan membaca Al-Quran, syukur atas ape yang kita dapat walaupun sedikit dan ini paling penting, mempersiapkan diri untuk hadapi hari akhirat, banyak2 menngingati mati dan selalu muhasabah diri sendiri.

Kita seharusnya cuba mensolehkan dan mensolehhkan diri kita sendiri dulu.
InsyaAllah, janji Allah itu pasti lelaki-lelaki yang baik diciptakan untuk perempuan-perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya.

oklah. sampai di sini dulu.. Wassalam :)

try2lah jenguk dekat blog Ustazah Fatimah Syarha,
 InsyaAllah banyak ilmu yang korang akan dapat.


p/s : akhirnya dapat jugak bertemu scra real dgn Ustazah Fatimah Syarha
dulu pernah psg angan2 nak bertemu dengan beliau, tercapai jgk akhrnya :)





Thursday, 22 March 2012

Jodoh ( Jangan Mencari Terlalu Sempurna )

Assalamualaikum sahabat2 semua.. 


Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. 

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu... 
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi... 






Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.... 
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal. 
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... 
Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!! 






P/s : : " Seringkali Manusia mengingati JODOH, 
                        Namun seringkali Melupakan tentang KEMATIAN "